Analisa Perlawanan – Manchester United vs Fulham

 1. Tahniah kepada United terutamanya Luis Nani pemain terbaik United untuk musim ini dengan 18 assist dan sembilan gol dalam 28 perlawanan. Nani memang pemain yang berbakat dan sekiranya United memenangi kejuaraan Mei ini, kesemua adalah hasil usaha tanpa henti pemain ini. Dia menggelecek beberapa pemain sebelum melorongkan bola kepada Berbatov untuk gol pertama. Untuk gol kedua dia memperdaya penjaga gol Fulham Mark Schwarzer sebelum Valencia menanduk mudah ke gawang.

2. Dimitar Berbatov sekali lagi memberikan persembahan terbaik di laman sendiri dengan gol ke 17 daripada 13 perlawanan di Old Trafford. Beliau terlibat pada permulaan untuk gol pertama sebelum menjaringkannya. Dia juga hampir mendapat assist dengan lorongan kepada Anderson yang mana rembatannya tersasar.

3. Dengan kembalinya Anderson ke dalam skuad utama, di harapkan dapat menambah tenaga di bahagian enjin midfield. Hantaran Paul Scholes seperti biasa tidak menghampakan dengan pin-point crosses kepada Valencia yang menjadi trade mark beliau selama ini. Darren Gibson walaupun terlepas beberapa peluang keemasan secara keseluruhannya adalah baik dengan hantaran dan bentesan sepanjang perlawanan.

4. Valencia yang baru sahaja kembali dari kecederaan bersama in-form Nani memberikan United lebih banyak pilihan di bahagian sayap. Memiliki kekuatan, kepantasan dan keyakinan mengawal bola sememangnya penentu utama banyak mana kejuaraan bakal dirangkul United pada penghujuung musim.

5. Separuh masa kedua lebih kepada formaliti, tidak banyak peluang dicipta kedua-dua pasukan. Di penghujung musim begini dengan pelawanan besar bertemu Chelsea (suku akhir Champions League) dan Manchester City (separuh akhir piala FA) menyusul, mendapatkan tiga mata penuh lebih penting dan United melakukannya dengan rombakan lapan pemain dari kesebelasan menentang Chelsea sebelumnya.

6. Thomasz Kuszczak akan meninggalkan United penghujung musim? Anehnya dia memilih hari sebelumnya untuk mengeluarkan kenyataan tersebut. Dengan mengambil kira prestasi menentang Fulham sebagai kayu ukur (37% ketepatan hantaran) saya ucapkan selamat berjaya dengan pasukan baru anda musim depan.

Advertisements

About cantona79

Manchester United fan with a passion about the world most famous football club.
Gallery | This entry was posted in Liga Perdana Inggeris and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s