Previu Perlawanan – Manchester United vs Chelsea

Red Devils mampu mengekalkan rekod tanpa kalah di Old Trafford untuk ke separuh akhir.

Tempat : Old Trafford Tarikh : 13 Apr 2011 Masa : 2.40 am (Astro 812)

Pasukan Sir Alex Ferguson memiliki kelebihan apabila menerima kunjungan Chelsea di Old Trafford untuk perlawanan kedua suku akhir Champions League berbekalkan gol tunggal jaringan Wayne Rooney di Stamford Bridge minggu lalu.

Hanya permain pertahanan Rafael da Silva masih belum disahkan cergas sepenuhnya untuk perlawanan ini. Dia digantikan pada perlawanan pertama selepas mengalami kecederaan lutut sebagai langkah berjaga-jaga.

Manakala skuad kendalian Carlo Ancelotti memiliki keseluruhan skuad utama di mana Yossi Benayoun dan Alex kembali sebagai pemain gantian pada perlawanan menentang Wigan Sabtu lalu.

Pengurus United berkata “Rafael ada melakukan latihan ringan dan diharapkan cergas untuk menentang Chelsea, tetapi saya tidak pasti.” Jika Ferguson mengambil keputusan untuk tidak menurunkan Rafael, John O’Shea akan mengambil alih posisi bek kanan setelah kembali beraksi bertemu Fulham. O’shea yang baru pulih dari kecederaan otot paha (hamstring)yang dialaminya semasa menentang Marseille bulan lalu.

Darren Fletcher masih tidak dapat diturunkan kerana virus. Kali terakhir beraksi sebagai pemain gantian pada pertemuan menentang Liverpool 6 Mac di Anfield. Wayne Rooney dan Rio Ferdinand yang terlepas perlawanan menentang Fulham, masing-masing akibat penggantungan dan kecederaan ringan akan kembali memperkuatkan barisan United.

 Rooney menjaringkan gol tunggal perlawanan pertama di Stamford Bridge

Fakta-fakta menarik perlawanan

United

  • United tidak pernah tewas dalam perlawanan kalah mati Champions League sejak ditewaskan AC Milan pada 2005.
  • United menang enam perlawanan terakhir dalam semua pertandingan.
  • Pasukan bimbangan Alex Ferguson belum tewas di halaman sendiri musim ini.
  • Dimitar Berbatov adalah penjaring terbanyak United dengan 22 gol tetapi tiada gol dalam Champion League musim ini.
  • United telah menjaringkan 295 gol dalam UEFA Champions League dari peringkat kumpulan hingga akhir.
  • Pada usia 37 tahun dan 128 hari, Ryan Giggs merupakan pemain paling senior United pada perlawanan minggu lalu. Hanya sembilan hari lebih daripada Laurent Blanc yang bermain menentang Deportivo La Caruna Mac 2003.
  • United menjaringkan 10 gol dan bolos dua musim ini.

Chelsea

  • Chelsea hanya menjaringkan dua gol dalam tiga perlawanan terakhir mereka.
  • Penyerang termahal liga Fernando Torres gagal menjaringkan gol dalam 11 perlawanan semenjak Januari.
  • Nicolas Anelka adalah penjaring kedua terbanyak Champions League setakat ini.
  • Kekalahan di tempat sendiri di tangan United minggu lalu adalah yang pertama dalam tujuh perlawanan Champions League.
  • Chelsea hanya menang lima daripada 10 perlawanan di mana Torres bermain.
  • Perlawanan pertama minggu lalu merupakan perlawanan ke 100 Chelsea dalam UEFA Champions League dari peringkat kumpulan ke akhir.

Barisan kemungkinan

United : Van der Sar, Rafael, Ferdinand, Vidic, Evra, Valencia, Carrick, Giggs, Hernandez, Rooney.

Chelsea : Cech, Bosingwa, Ivanovic, Terry, Cole, Ramires, Essien, Lampard, Malouda, Anelka, Drogba

Advertisements

About cantona79

Manchester United fan with a passion about the world most famous football club.
Gallery | This entry was posted in Champions League and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s