Previu – Manchester United vs Chelsea

Tempat : Old Trafford Tarikh : 8 May 2011 Masa : 12.10am (waktu Malaysia)

United kekal di kedudukan teratas liga namun selepas kekalahan 1-0 di tangan Arsenal minggu lalu, jurang dengan pencabar terdekat Chelsea hanya tinggal tiga mata. Rabu lalu United menempah tiket ke perlawanan akhir Champions League dan berpeluang mencatat kejayaan berganda andainya berjaya menyekat Chelsea.

Sekiranya Chelsea memenangi perlawanan di Old Trafford, mereka akan berada di atas mengatasi United dengan perbezaan gol – sekarang terikat +38 – pertama kali sejak November.

Dalam 37 perlawanan antara kedua-dua pasukan, United hanya menang 10 manakala Chelsea menang 13 dan 14 mencatat keputusan seri. Di Old Trafford untuk kejuaraan liga Chelsea hanya menang lima dan seri tujuh daripada 18 kunjungan mereka.

Musim lalu Chelsea menang 2-1 hasil jaringan Joe Cole dan gol kontroversi Didier Drogba, manakala gol saguhati United melalui Federico Macheda.

Musim ini di Stamford Bridge, Chelsea menang walaupun United mendahului menerusi jaringan Wayne Rooney. Gol dari pemain baru Chelsea David Luiz dan penalti kontroversi Frank Lampard cukup menghadiahkan tiga mata buat pasukan kendalian Carlo Ancelotti. Keputusan itu diburukan lagi dengan Nemanja Vidic dibuang padang oleh pengadil Martin Atkinson.

Ini merupakan pertemuan kelima untuk musim ini. Bermula dengan Community Shield yang dimenangi United 3-1, seterusnya dalam Champions League dengan keputusan 1-0 di Stamford Bridge dan 2-1 di Old Trafford memihak kepada United.

United berbaki dua perlawanan di tempat sendiri termasuk Chelsea dan Blackpool pada 22 May, manakala menentang Blackburn di Ewood Park pada minggu depan. Sementara Chelsea akan menerima kunjungan Newcastle minggu depan sebelum berkunjung ke Goodison Park menentang Everton untuk perlawanan terakhir musim ini.

Kesemuanya berkemungkinan untuk kedua-dua pasukan tetapi jelas United memiliki kelebihan berbanding Chelsea. Diharap para penyokong akan dihidangkan dengan permainan berkualiti dari semua pemain. Buat penyokong Liverpool, sekiranya ditakdirkan United merangkul kejuaraan ke-19 musim ini apa yang kita semua boleh katakan      we deserved it..we Man United we do what we want.. not arrogant just better..GGMU

Barisan kemungkinan

United : Van der Sar, Fabio, Ferdinand, Vidic, Evra, Valencia, Carrick, Scholes, Park, Rooney, Hernandez

Chelsea : Cech, Ivanovic, Luiz, Terry, Cole, Essien, Mikel, Lampard, Malouda, Drogba, Torres.

Advertisements

About cantona79

Manchester United fan with a passion about the world most famous football club.
Gallery | This entry was posted in Liga Perdana Inggeris and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s