Sir Alex Ferguson hampir menjadi pengurus Arsenal.

Alex Ferguson mengakui bahawa sebelum menjadi pengurus United pada 6 November 1986, beliau ditawarkan untuk menjadi pengurus Arsenal. Beliau yang pada masa itu membimbing pasukan Aberdeen dari Scotland, telah dihubungi oleh kelab utara London itu untuk mengambil alih tempat Don Howe pada musim panas 1986. Pada masa yang sama Ferguson mempunyai komitmen dengan pasukan Piala Dunia Scotland sebagai jurulatih (menggantikan Jock Stein yang meninggal dunia akibat sakit jantung) pada tahun yang sama di Mexico, menyebabkan beliau terpaksa melambatkan keputusan samada menerima atau menolak tawaran tersebut.

Ferguson mengimbas kembali peristiwa 25 tahun lalu dengan berkata ” Saya ditawarkan jawatan pengurus Arsenal dan saya mahu membawa Walter Smith bersama. Selepas saya menerima jawatan jurulatih Scotland (sebelumnya pembantu Jock Stein), saya melantik Smith sebagai pembantu, jadi saya rasa adalah perlu untuk bertanyakan pendapat beliau dahulu.”

“Saya memberitahu Smith yang saya ditawarkan jawatan pengurus Arsenal dan berhasrat membawanya bersama sebagai pembantu.” Smith kemudian memberi kejutan bahawa beliau telah menerima jawatan sebagai pembantu Graeme Souness di Glasgow Rangers. Saya berkata ‘ Bila kamu mendapat tawaran itu?’ dan beliau hanya berkata yang beliau akan menceritakannya kemudian.

Ferguson menambah ” Seperkara tentang tawaran dari Arsenal ialah mereka mahukan jawapan serta merta dan saya tidak dapat memberikannya kerana komitmen dengan Scotland pada Piala Dunia 1986 di Mexico. Akhirnya isu tawaran tersebut berakhir dengan Smith pergi ke Rangers dan penghujung tahun tersebut saya ke Manchester United.” Apa yang berlaku seterusnya pastinya lebih membanggakan dan kekal dalam sejarah.

Buat penyokong-penyokong United, apa yang boleh saya katakan di sini ialah bagaimana sekiranya Alex Ferguson menerima tawaran tersebut? Tidak dapat digambarkan kedudukan United dibawah bimbingan selain Ferguson. Dengan ulangtahun ke 25 beliau pada November ini dan rekod 35 trofi dimenangi bersama United, tiada seorang pun boleh menafikan beliau adalah pengurus bolasepak terbaik dunia yang menguruskan kelab terbaik dan terkenal dunia.

Advertisements

About cantona79

Manchester United fan with a passion about the world most famous football club.
Gallery | This entry was posted in Lagenda and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s