Fergie – Fletch berpeluang beraksi pada perlawanan akhir.

Sir Alex Ferguson menegaskan sekiranya Darren Fletcher sempat kembali cergas sebelum perlawanan akhir nanti, sudah pasti beliau berpeluang diturunkan.

Fletcher tidak dapat beraksi buat United pada perlawanan akhir Champions League 2009 selepas pengadil melayangkan kad merah di separuh akhir menentang Arsenal. Kad merah tersebut dilihat sebagai injustice setelah ulang tayang menunjukan Fletcher berjaya memenangi bola dari kawalan Fabregas dan pada masa yang sama United sedang selesa mendahului dengan 3-0.

Sementara Fergie cuba mengelak untuk bersifat sentimental, beliau mengaku pada perlawanan akhir 2008 bahawa Paul Scholes akan diturunkan setelah terlepas aksi tahun 1999. Scholes menjaringkan gol kemenangan pada separuh akhir menentang Barcelona untuk menempah tiket perlawanan akhir United tahun tersebut.

“Darren berjaya meningkatkan berat badan dan kembali berlatih, tetapi perlu sedikit masa,” kata Fergie. “Dengan masa tiga minggu dari sekarang saya yakin beliau boleh kembali cergas dan pastinya menjadi dorongan besar buat pasukan kerana semua orang tahu beliau adalah pemain penting untuk perlawanan besar.”

Fletcher beraksi 20 minit ketika menentang Schalke di Old Trafford diikuti 65 minit bersama pasukan simpanan menentang Arsenal semalam. Diharapkan dengan dua lagi baki perlawanan liga menentang Blackburn dan Blackpool, Fletcher akan sempat cergas untuk perlawanan akhir nanti dan pastinya Barcelona akan berhadapan pasukan United yang berbeza dari tahun 2009.

Advertisements

About cantona79

Manchester United fan with a passion about the world most famous football club.
Gallery | This entry was posted in buletin Manchester United, Champions League, Pemain and tagged , , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Fergie – Fletch berpeluang beraksi pada perlawanan akhir.

  1. Ismail N says:

    Tak pasti Fletch akan bermain di perlawanan akhir nanti. Begitu jugak dengan Nani yg cemerlang di awal musim. United nampak lebih seimbang dengan Valencia di kanan dan Hernandez bermain top di hadapan Rooney. Up to SAF utk decide. 😀

  2. cantona79 says:

    betul, formasi menentang chelsea di champion league dan minggu lepas nyata berjaya menewaskan chelsea. Mungkin fergie akan letak dia sbg sub dan tgk mcm mana game nanti

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s