Real Madrid mahu £150 juta untuk Cristiano Ronaldo.

     Real Madrid mahu melepaskan khidmat Cristiano Ronaldo dengan yuran perpindahan £150 juta. Gergasi bolasepak Sepanyol itu tahu hanya Manchester City mampu untuk memecahkan rekod perpindahan. Walaupun pihak City menafikan khabar angin itu, sumber dari Sepanyol menyatakan wakil City telah bertanyakan kebarangkalian perpindahan tersebut.

     Penyokong United pastinya membantah sekiranya Ronaldo yang dulunya dianggap sebagai hero di Old Trafford melakukan perkara sama seperti Carlos Tevez dengan menyertai City, musuh setempat United. Sepanjang bersama United beliau memenangi tiga gelaran juara liga, dua Piala Carling, satu gelaran Champions League dan satu Piala FA.                                                               

      Selain daripada yuran perpindahan, difahamkan Ronaldo juga mahu gaji £300,000 seminggu untuk lima tahun menjadikan jumlah kos £228 juta.

     Kapten Portugal itu meninggalkan United kerana percaya bolasepak Sepanyol adalah destinasi terbaiknya dan pergi setelah mendapat restu Alex Ferguson.

     Namun Ronaldo 26 tahun, baru-baru ini berselisih faham dengan jurulatih Jose Mourinho dan lembaga pengarah kelab mungkin akan mempertimbangkan niat City mendapatkan khidmatnya.

Advertisements

About cantona79

Manchester United fan with a passion about the world most famous football club.
Gallery | This entry was posted in buletin Manchester United, Musuh tradisi and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s