Fergie merayu kepada Scholes untuk terus bermain semusim lagi.

     Pengurus United merayu pemain veteran Paul Scholes untuk menyambung kontraknya setahun lagi musim depan. Pemain midfield 36 tahun itu difahamkan masih menimbang samada mahu menyambung kontrak hingga hujung musim depan apatah lagi perlibatannya mungkin terhad untuk memberi laluan pemain baru lain.

     Ferguson yakin Scholes masih boleh beraksi musim depan dan akan berbincang mengenainya selepas perlawanan akhir Champions League dengan Barcelona. Ditanya adakah Scholes akan bermain buat kali terakhir di Old Trafford esok, beliau berkata: ‘Saya tidak fikir begitu. Kami akan cuba memujuknya hujung musim untuk melanjutkan kontrak setahun lagi.

     Saya belum membuat keputusan akhir siapa yang akan bermain esok dan bahagian midfield sememangnya menjadi fokus. Anderson berlatih dengan gigih minggu ini dan Scholes dengan kelebihan pengalamannya. Mereka akan bermain Ahad ini.’

     Awal minggu ini bekas rakan sepasukan Gary Neville juga merayu agar Scholes menimbangkan semula hasrat bersara dan kekal bermain untuk United satu musim lagi. Beliau yang bersara pada pertengahan Februari lalu yakin Scholes masih boleh menyumbang kepada pasukan terutamanya kepada pemain lebih muda.

Advertisements

About cantona79

Manchester United fan with a passion about the world most famous football club.
Gallery | This entry was posted in buletin Manchester United and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s