Manchester United juara FA Youth Cup 2011.

     Sehari selepas pasukan senior menjulang trofi liga untuk rekod 19 kali, United menjadi kelab pertama mencipta rekod untuk merangkul FA Youth Cup buat kali ke 10. Alex Ferguson berada di Old Trafford menyaksikan kejayaan barisan muda pelapis masa depan pasukan United.

     Kejohanan yang bermula pada 1953 dengan lima tahun pertama kejohanan dimenangi oleh United yang dibarisi pemain-pemain antara Sir Bobby Charlton dan terkenal dengan gelaran Busby Babes.

     United sejak lebih 50 tahun lalu banyak menghasilkan pemain-pemain muda berkualiti dan tidak lupa juga generasi 1992 yang menjadi tunjang kejayaan hujung tahun 90an hingga sekarang.  

     Nama-nama seperti Ryan Giggs, Paul Scholes, Gary dan Phil Neville, David Beckham dan Nicky Butt menjadi tulang belakang kejayaan United masa itu dan kekal hingga kini.

     Generasi 2011 bakal menjadi nama besar dalam pasukan United sebagaimana sebelumnya antaranya Ravel Morrison, Will Keane, Ryan Tunnicliffe dan permain berasal dari Perancis Paul Pogba. Morrison dilabel setengah pihak sebagai pemain terbaik dan berbakat semenjak Paul Scholes.

     Dengan harapan yang tinggi diletakkan kepada barisan muda ini tidak mustahil kejayaan kelas 1992 akan diulangi untuk tahun-tahun menjelang. Masa depan lebih gemilang buat United.     Glory Glory Man United!

Advertisements

About cantona79

Manchester United fan with a passion about the world most famous football club.
Gallery | This entry was posted in buletin Manchester United and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s