Klasik – Manchester United menewaskan Benfica 4-1 perlawanan akhir Piala Eropah 1968.

     Perlawanan akhir Piala Eropah (kini Champions League) pada 1968 pastinya kekal dalam sejarah apabila United memenanginya setelah menewaskan pasukan dari Portugal Benfica dan menjadi kelab pertama dari England bergelar juara Eropah.

     Berlangsung di stadium Wembley pada 29 Mei, United yang berstatus bukan pilihan membenam cabaran Benfica 4-1 dalam masa tambahan setelah terikat 1-1 pada 90 minit pertama.

     Separuh masa pertama berakhir tanpa sebarang jaringan, namun selang lapan minit permainan bersambung Bobby Charlton memecah kebuntuan dengan menanduk masuk gol pertama United. Kelebihan United hanya bertahan 22 minit apabila Jaime Graca menyamakan kedudukan buat Benfica. Di minit akhir sebelum ke masa tambahan penjaga gol United Alex Stepney menjadi hero apabila menyelamatkan  percubaan bahaya Eusebio.

     Tiga minit masa tambahan berlalu United di depan hasil jaringan George Best selepas menggelecek pertahanan dan perjaga gol Benfica. Brian Kidd berusia 19 tahun yang turun menggantikan Denis Law yang mengalami kecederaan lutut menjaringkan gol ke tiga sebelum Charlton melengkapkan malam gemilang United. Kemenangan itu amat bermakna buat United terutama pengurusnya Sir Matt Busby yang 10 tahun sebelumnya menjadi saksi tragedi pahit Munich 1958 yang meragut nyawa lapan pemainnya. Tiada seorang pun menyangka selepas tragedi tersebut United akan bangkit sedekad kemudian untuk bergelar Juara Eropah.

     Setelah 43 tahun sekali lagi United akan beraksi di Wembley untuk perlawanan akhir piala Eropah kali ini berdepan dengan satu lagi pasukan pilihan Barcelona. Dan sebagaimana yang berlaku pada tahun 1968, Eusebio dilabel pemain digeruni pasukan Benfica, begitu juga situasi sekarang dengan Lionel Messi menjadi faktor utama kelebihan pasukan Barcelona.

     Apa yang pasti selaku underdog United pastinya akan memberikan aksi terbaik nanti sekaligus menghapuskan memori kekalahan 2009. GGMU…

About cantona79

Manchester United fan with a passion about the world most famous football club.
This entry was posted in Klasik and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a comment