Top 5 – Perlawanan terbaik United di Champions League.

1. Manchester United vs AS Roma 7-1, 10 April 2007, Old Trafford.

     United yang ketinggalan 1-2 pada perlawanan suku akhir pertama di Rome tahu dengan kemenangan 1-0 sudah memadai untuk layak ke pusingan seterusnya. Namun United mempunyai idea yang lain, gol pertama hadir pada minit ke 11 jaringan Michael Carrick. Separuh masa pertama berakhir dengan United di depan 4-0. Separuh masa kedua walaupun Roma mengurangkan defisit menerusi gol De Rossi, United menang dengan margin besar 7-1. Penjaring United lain adalah Smith, Evra, Rooney, Ronaldo (2) dan Carrick (2).

2. Manchester United vs AC Milan 3-2, 24 April 2007, Old Trafford. 

     Setelah membenam cabaran pasukan Itali sebelumya, United berdepan cabaran AC Milan di separuh akhir. Bermain di Old Trafford United lebih dulu di depan hasil jaringan Ronaldo sebelum Kaka menjaringkan dua gol hingga tamat separuh masa. United kembali bangkit pada separuh masa kedua dengan dua gol dari Rooney. United bagaimanapun gagal di perlawanan kedua di San Siro apabila tunduk 3-0

3. Manchester United vs Real Madrid 4-3, 23 April 2003, Old Trafford.

     Pada perlawanan pertama di Bernabeu, United ketinggalan 1-3 dan mengharapkan perlawanan suku akhir kedua di Old Trafford untuk menewaskan Real sekurang-kurangnya 2-0 bagi melayakkan diri ke peringkat seterusnya. Kedudukan terikat 1-1 pada separuh masa dan sebaik separuh masa kedua berlangsung lima minit Ronaldo menjaringkan gol kedua dan ketiga dalam masa sembilan minit untuk melengkapkan hatriknya. United cuba bangkit lewat permainan dengan dua gol Beckham yang masuk sebagai pemain gantian. Sungguhpun United menang perlawanan itu dengan jaringan 4-3 namun tersingkir dengan agregat 5-6.

4. Juventus vs Manchester United 2-3, 21 April 1999, Stadium Delle Alpi.

     Dianggap perlawanan peringkat Eropah terbaik United di tempat lawan. Terikat 1-1 pada separuh akhir pertama di Old Trafford, United menghadapi cabaran besar untuk layak ke akhir. Sebagaimana yang berlaku sepanjang musim itu United ketinggalan dua gol seawal minit ke 11 hasil dua gol jaringan Inzaghi. United terus menggandakan usaha dan akhirnya kapten Roy Keane menanduk masuk gol pertama untuk memulakan kebangkitan. Selang 10 minit Dwight Yorke menjaringkan gol penyamaan untuk meletakkan United di  depan dengan kelebihan jaringan di tempat lawan. Akhirnya pada minit ke 84 Andy Cole melengkapkan malam menakjubkan buat United dengan gol kemenangan yang mengesahkan laluan ke akhir.

5. Manchester United vs Bayern Munich 2-1, 26 Mei 1999, Stadium Nuo Camp.

      United terlebih dahulu dikejutkan dengan gol pendahuluan Bayern jaringan Mario Basler seawal minit ke lima. Dengan serangan demi serangan Bayern ke gawang United, pasukan Jerman itu dilihat pasti memenangi perlawanan ini. Barisan midfield United agak tempang tanpa khidmat kapten Roy Keane dan Paul Scholes yang digantung perlawanan. Ferguson memasukkan Sheringham dan Solskjaer lewat perlawanan sebagai usaha terakhir kebangkitan United. Pembantu pengadil mengesahkan masa tambahan tiga minit dan United menerusi sepakan sudut menyamakan kedudukan hasil jaringan Sheringham. Dengan perlawanan hampir ke masa tambahan, Ole Solskjaer menjaringkan gol kemenangan buat United sekaligus menjadi juara Eropah tahun 1999.

Advertisements

About cantona79

Manchester United fan with a passion about the world most famous football club.
Gallery | This entry was posted in Top 5 and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s